Penampilan Bokser Jerman

Perkadaran kepala dan tubuhSeekor bokser brindleDua ekor bokser perang kekuning-kuningan

Kepalanya ialah ciri paling distingtif bagi bokser. Piawaian baka menentukan bahawa kepalanya mesti berperkadaran sempurna dengan tubuh dan, yang paling penting, kepalanya tidak boleh terlalu ringan.[7] Nilai paling besar ditempatkan pada muncung yang dalam bentuk betul dan berperkadaran mutlak dengan tengkorak. Panjang muncung dengan seluruh kepala patut memiliki nisbah 1:3. Lipatan sentiasa hadir dari akar hidung langsung ke bawah pada kedua-dua belah muncung dan hujung hidung patut terletak agak lebih tinggi daripada akar muncung. Sebagai tambahan, bokser patut sedikit prognatus, iaitu, rahang bawah patut menonjol melepasi rahang atas dan membengkok sedikit ke atas dalam hal yang umumnya dipanggil underbite atau "undershot bite".[8]

Bokser pada asalnya merupakan baka dengan ekor dan telinga terpotong dan ini masih dilakukan di sesetengah negara,[9] tetapi oleh sebab desakan daripada persatuan veterinar, kumpulan hak asasi haiwan, dan orang awam, pemotongan kedua-dua telinga dan ekor telah dilarang di banyak negara di seluruh dunia dan tidak diiktiraf oleh piawaian baka yang ditetapkan oleh The Kennel Club di United Kingdom. American Kennel Club masih mengizinkan telinga terpotong. Satu susur galur bokser berekor pendek (ekor kontot) semula jadi dikembangkan di United Kingdom dalam jangkaan larangan pemotongan ekor di sana;[10] selepas beberapa generasi pembiakbakaan terkawal, anjing-anjing ini diterima dalam pendaftaran The Kennel Club (United Kingdom) pada tahun 1998, dan kini, wakil bagi susur galur berekor kontot terdapat di banyak negara. Pada tahun 2008, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menambahkan "ekor kontot secara semula jadi" sebagai kecacatan penyingkir dalam piawaian baka mereka, bermakna bahawa bokser yang lahir dengan ekor kontot tidak lagi dapat ditunjukkan di negara-negara anggota FCI. Di Amerika Syarikat dan di Kanada setakat tahun 2012, telinga terpotong masih lebih umum pada anjing pertunjukan, walaupun amalan pemotongan telinga kosmetik pada masa ini ditentang oleh American Veterinary Medical Association.[11] bulan Mac 2005, piawaian baka AKC telah diubah untuk menyertakan perihal bagi telinga tidak terpotong, tetapi untuk seteruknya mendenda ekor tidak terpotong. Ekor bokser biasanya terpotong sebelum rawan terbentuk sepenuhnya, dari usia 3–5 hari.[12] Tatacara ini tidak memerlukan sebarang sutur apabila dilaksanakan pada usia muda ini dan anestesia tidak digunakan. Pemotongan ekor tidak diizinkan di bawah piawaian baka The Kennel Club United Kingdom.

Bulu dan warna

Bokser ialah baka berbulu pendek dengan lapis bulu licin yang terhampar ketat-ketat pada tubuh. Warna yang diiktiraf merupakan perang kekuning-kuningan dan brindle,[4] kerap dengan perut putih dan warna putih pada kaki. Tanda-tanda putih ini,[13] dipanggil "kilat", kerap memanjang ke leher atau ke muka dan anjing yang mempunyai tanda-tanda ini dikenali sebagai anjing "berkilau". "Perang kekuning-kuningan" menandakan julat warna yang terdiri daripada cahaya warna mungkin diperihalkan secara pelbagai sebagai sawo matang atau kuning muda, sawo matang kemerah-merahan, mahogani, atau merah rusa, dan madu-perang muda gelap. Di United Kingdom di dan Eropah, bokser perang kekuning-kuningan biasanya berwarna pekat dan kerap dipanggil "merah". "Brindle" merujuk kepada anjing dengan belang-belang hitam pada latar belakang perang kekuning-kuningan. Sesetengah bokser brindle sungguh berbelang-belang sehinggakan belang-belang itu memberikan penampilan "brindle berbalik", iaitu belang perang kekuning-kuningan pada tubuh hitam; anjing ini lazimnya dipanggil "brindle berbalik", tetapi itu sebenarnya misnomer—ia masih anjing perang kekuning-kuningan dengan belang-belang hitam. Sebagai tambahan, piawaian baka menyatakan bahawa latar belakang perang kekuning-kuningan mesti sejelasnya berkontras dengan brindle atau terpapar melalui brindle.

Bokser tidak membawa gen untuk warna lapis bulu hitam pejal, jadi bokser hitam tulen tidak wujud. Bokser yang terlihat dengan warna hitam sebenarnya amat berbelang-belang, iaitu warna perang kekuning-kuningan sepenuhnya terlitup oleh belang-belang hitam. Ini kerap dirujuk sebagai bokser "terlitup" dan bukan pewarnaan yang diiktiraf oleh AKC.[14]

  • Warna brindle boleh ada dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih
  • Seekor bokser perang kekuning-kuningan merah
  • Boksser brindle berbalik ("terkedap"), telinga and ekor terpotong

Bokser putih

Bokser dengan tanda-tanda putih yang meliputi lebih daripada sepertiga daripada lapis bulunya – lazimnya dipanggil bokser "putih" – bukan albino mahupun jarang; kira-kira 20–25% daripada semua bokser yang lahir adalah putih.[15] Secara genetik, anjing ini sama ada berwarna perang kekuning-kuningan atau brindle dengan tanda-tanda putih berlebihan yang meliputi warna lapis bulu dasar. Seperti manusia berkulit cerah, bokser putih mempunyai risiko lebih tinggi bagi selaran matahari dan kanser-kanser kulit berkaitan berbanding dengan bokser lebih gelap. Gen piebald ekstrem, yang bertanggungjawab untuk tanda-tanda putih pada bokser, dihubungkan dengan kepekakan saraf deria kongenital pada anjing. Anggaran 18% daripada bokser putih adalah pekak pada sebelah atau kedua-dua belah telinga,[16] walaupun pertubuhan penyelamatan bokser menyaksikan kira-kira dua kali ganda jumlah itu.[17][18]

Pada masa lalu, pembiak baka kerap mengeutanasia anak anjing putih pada waktu kelahiran. Sebuah kajian tahun 1998 tentang bokser di Belanda menunjukkan bahawa 17% daripada anak-anak bokser dieutanasia kerana anjing-anjing itu putih.[19] Sebelum itu, American Boxer Club "secara tidak rasmi mengesyorkan eutanasia untuk haiwan-haiwan ini".[20] Sebab untuk eutanasia anak-ank anjing putih termasuk pandangan bahawa penjualan anjing dengan "kecacatan" adalah tidak beretika, yang sangat bertentangan pula dengan keutamaan AKC untuk ekor terpotong. Tambahan pula, terdapat tanggapan bahawa bokser putih berisiko lebih tinggi untuk ditinggalkan dalam penyelamatan.[21] Kini, pembiak baka semakin enggan mengeutanasia anak-anak anjing sihat[20] dan sebaliknya mungkin memilih untuk meneuterkan dan menempatkan anjing-anjing ini di rumah haiwan peliharaan.

  • Bokser putih menyeluruh
  • Seekor anak bokser putih dengan tompo perang kekuning-kuningan pada muka

Rujukan

WikiPedia: Bokser Jerman http://users.pullman.com/lostriver/breeddata.htm https://www.thekennelclub.org.uk/breed-standards/w... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/#standard http://www.akc.org/news/the-most-popular-dog-breed... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/ https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/144g02-e... http://www.worldwideboxer.com/PAGE6.html https://web.archive.org/web/20061004125143/http://... https://web.archive.org/web/20170908134800/http://... https://web.archive.org/web/20060823081942/http://...